Wednesday, June 8, 2011

Memori bersama Tok Wan..

Tanggal 31 Mac 2011, aku kehilangan tok wan yang dikasihi. Tok wan telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan anak-anak dan cucu-cucu dan cicit-cicit yang dikasihi. Banyak kenangan yang telah aku lalui bersama tok wan.
Tok wan dan tok orang yang bertanggungjawab menjaga aku semasa aku kecil. Mama time tue g keja so aku ngan kak long dibesarkan dan dijaga oleh tok dan tokwan. Tok pergi dulu sebelum tok wan. Kehilangan tok paling aku terasa kerana aku tak dapat lihat wajah orang yang paling aku sayang disebabkan aku lewat tiba dari KL. Al-maklumlah time tue aku mula keja dan tak ada kenderaan lagi.
Kehilangan tok wan serba sedikit menjadikan aku malas nak pulang ke kampung. Dulu time tok wan ada, sampai aja rumah kat Kulim dan jumpa mama, gerenti aku akan pergi rumah tok wan, tak kirala malam atau siang. Time tok wan sihat mesti aku ajak dia g ronda-ronda ngan aku tak kira la penang or bagan.
Dalam keta la best, tok wan akan citer macam-macam pengalaman dia. Walaupun kadang2 berulang-ulang kali dia ulang citer yang sama, aku tak pernah jemu untuk melayan. kerana diala satu-satunya oarang tua yang selalau aku bercerita dan meluahkan perasaan. Tok wan sentiasa memberi nasihat-nasihat untuk aku jalani hidup nie.
31 mac lepas aku sampai umah tok wan hampir pagi, sempat juga aku menghadihkan yassin buatnya. wajah tok wan tetap sama, aku tak rasa ralat sebab aku sempat balik 3 minggu sebelum tok wan menghembuskan nafasnya. tapi agak sukar untuk aku lihat jenazah tok wan untuk dimandi,dikapan dan disembahyangkan. mungkin aku agak takut memori itu menyebabkan aku akan terasa kehilangan tok wan buat selama-lamanya. cukup buat aku tatap wajah tok wan semasa di atas katil sebelum dimandi dan dikapankan.

No comments:

Post a Comment